Seni Dalam Cinta Prolog
To: Miss Zulaikha Alani binti Izham,
You are choosen to be one of special guests on our first opening gallery art in Malaysia. It would be an absolute pleasure for us if you would grace your presence. Do join us on this upcoming 13th May (5 a.m.- 9 p.m.).
Rasa teruja menyerbu. Ditawarkan sebagai pelanggan istimewa untuk menghadiri majlis perasmian galeri. Siapa sahaja yang bakal menolak? Ah, orang berjiwa seni pasti memahami betapa rahmatnya mendapat pelawaan seperti ini.
Tapi, sebentar. Ah sudah. Pelawaan itu pada 13 Jun. Siapa pula nak teman? Mama mesti busy urus butik. Papa pula sudah awal-awal memberitahu bahawa jadualnya agak padat dalam bulan Mei.
tingg! Laju sahaja aku mendapat idea. Nombor seseorang didail. "Nadia! Kau free kan 13 Jun ni? Weh, teman aku pergi satu tempat ni boleh tak?"
"Waalaikummussalam" Nada perliannya membuatkan aku tersengih macam nampak crush baru lalu. "Ha 13 Jun? Hari apa tu? Apa tempat yang kau nak pergi tu?"
"Uish kau macam machine gun kau serang aku dengan soalan-soalan kau tu. 13 Jun hm kejap, aku pun tak tahu sebenarnya." Aku mula membuat congakan dalam otak tapi tak sempat nak kira pun sebab Nadia terlebih dahulu tolong kirakan.
"Disebabkan aku tahu kau memang lambat kira benda-benda macam ni, aku dah kira dulu dah. 13 Jun, hari sabtu" Terselit nada riak. Amboi budak ni, aku tahulah aku fail sikit bab macam ni.
"Eleh kau tu, poyo je lebih. Ha jadi macam mana? On tak on?" Aku segera menukar topik dari berbasa-basi, habis kredit karang melayan loyar buruk budak ni.
"In shaa Allah. Aku okey je. Kalau tak ada aral melintang, aku teman kau." Ringkas balasannya.
"Okey lah. Dah dah habis kredit aku call kau. Tataaaa see you soon nad sayang muah!" Sengaja aku panggil dia macam tu, tahu dia geli haha.
"Euww okey jumpa nanti tataa!" Kemudian, dia memutuskan panggilan dengan kadar segera.
Dalam hati dah berbunga-bunga membayangkan lukisan-lukisan indah yang bakal menjadi tontonanku nanti. Oh indahnya! Nampaknya cuci mata lah aku nanti ah tak sabar!
Comments
Post a Comment