Seni Dalam Cinta Prolog
To: Miss Zulaikha Alani binti Izham, You are choosen to be one of special guests on our first opening gallery art in Malaysia. It would be an absolute pleasure for us if you would grace your presence. Do join us on this upcoming 13th May (5 a.m.- 9 p.m.). Rasa teruja menyerbu. Ditawarkan sebagai pelanggan istimewa untuk menghadiri majlis perasmian galeri. Siapa sahaja yang bakal menolak? Ah, orang berjiwa seni pasti memahami betapa rahmatnya mendapat pelawaan seperti ini. Tapi, sebentar. Ah sudah. Pelawaan itu pada 13 Jun. Siapa pula nak teman? Mama mesti busy urus butik. Papa pula sudah awal-awal memberitahu bahawa jadualnya agak padat dalam bulan Mei. tingg! Laju sahaja aku mendapat idea. Nombor seseorang didail. "Nadia! Kau free kan 13 Jun ni? Weh, teman aku pergi satu tempat ni boleh tak?" "Waalaikummussalam" Nada perliannya membuatkan aku tersengih macam nampak crush baru lalu. "Ha 13 Jun? Hari apa tu? Apa tempat yang kau nak pergi tu?" "Uish...